Monday, 10 September 2012

SLOGAN DAN MOTO


Slogan

“Kualiti Sepanjang Masa”
   Moto
  • Bestari
  • Budiman
  • Dinamik

MATLAMAT


Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Darulaman (BUDIMAN) melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, berwibawa dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara..

FALSAFAH

Mempercayai bahawa setiap murid berpotensi untuk maju daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek menerusi bimbingan dan amalan yang sistematik dan berterusan.

GAMBAR SMKBBD

  
   

LAGU SMKBBD

Lagu


[KUALITI SEPANJANG MASA] 

Kualiti sepanjang masa,

Misi dan misi kami,
Harapan tinggi gemulang diri
Tentukan hasrat cita kami

SMK Bandar Baru Darulaman,
Sekolah kami sanjung tinggi,
Cinta kasih abadi kami,
Tetap segar sepanjang masa,

Disini ilmu dicari,
Disini segala dipelajari,
Kami tetapkan matlamat kami,
Kekal kualiti sepanjang hidup ini,
SMK Bandar Baru Darulaman 
Kami junjung kami hargai,
Jasa guru bakti murni,
Janji tetap kami tunaikan,

Kualiti sepanjang masa


 Lagu:En.Kamanoordin Bin Yaacob
 Lirik:En.Pazil Bin Haji Jaafar

IKRAR SMKBBD

Ikrar

Bahawasanya kami                                                                             
Add caption
Pelajar-pelajar SMKBBD,
Dengan rela hati dan tulus ikhlas berikrar,
Akan belajar bersungguh-sungguh,
Mematuhi undang-undang dan peraturan sekolah,
Menghormati guru-guru,
Dan mentaati kedua ibu-bapa kami,
Kami juga berjanji,
Akan menjaga kualiti sekolaah sepanjang masa,
Berusaha mencapai kecemerlangan diri,
Serta berbakti kepada agama,bangsa dan Negara.  

VISI DAN MISI SMKBBD

Misi

  • Mengamalkan pengurusan berkualiti dalam semua bidang.
  • Melaksanakan aktiviti kurikulum yang efektif dan efisien.
  • Membentuk sahsiah murid yang seimbang daripada segi ilmu, iman dan amal.
  • Melahirkan murid yang berketerampilan dan berdaya saing dalam bidang kokurikulum.
  • Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan harmonis.
  • Mengukuhkan jalinan kolaboratif dengan komuniti sekitar.  
Visi
  • BUDIMAN sebagai Institusi Pendidikan Unggul dan Penjana Insan Berkualiti.